Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
 
 

Main Menu

 
 

Who's Online

2 user(s) are online (2 user(s) are browsing Berita)

Members: 0
Guests: 2

more...
 

9/24/2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H

Filed under: - maltech2u @ 9:02 pm

Hari Raya

Alhamdulillah, setelah sebulan kita menjalani ibadah di bulan Ramadhan, kini tiba pula bulan Syawal.

Hari ini adalah hari di mana kita kembali kepada fitrah kita. Kembali kepada kesucian, tetapi perlu kita fahami bahawa bukanlah kesucian ini memenuhi setiap jiwa. Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat merasainya.

Berpuasa di bulan Ramadhan, bersedekah, beristighfar memohon ampun serta mengembalikan hak orang lain kepada pemiliknya adalah merupakan beberapa agen penghapus dosa yang telah kita lalui dengan jayanya sebulan di Bulan Ramadhan Al-Mubarak baru – baru ini. Akhirnya kita dikalungkan dengan darjah kemuliaan pada Hari Raya Aidil Fitri dari Allah SWT pemilik segala keagungan. Hari raya adalah hari bergembira yang merupakan hak bagi orang yang telah kembali kepada fitrah kesucian manusia iaitu kembali kepada kesucian fitrah.

Ramadhan sudah berlalu. Sekiranya kita beribadah kerana Ramadhan maka hari ini bukan lagi Ramadhan. Tetapi seandainya kita beribadah kerana Allah dan kepada Allah maka Allah Maha Kekal dan takkan pergi atau hilang.

Marilah kita semua bertaqwa dengan sebenar-benar ketaqwaan sehingga akhir hayat kita. Kita jitukan tekad pada hari ini dalam mengorak langkah ke arah menjadi hamba yang lebih taat. Semoga dengan niat dan doa kita Allah mudahkan kita dalam urusan mentaatinya. Sedarlah kita bahawa tiada daya upaya kita mentaati Allah tanpa inayah dan hidayah dariNya.

Selamat Hari Raya…. Maaf Zahir & Batin


8/22/2009

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Filed under: - maltech2u @ 12:39 pm

Bidang Teknik dan Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak mengucapkan “Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak” kepada semua warga Komuniti Teknikal Negeri Perak.

Sesungguhnya kita amat bertuah kerana sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu Ramadhan kali ini.

Kesempatan ini seharusnya tidak kita lepaskan dengan menunaikan ibadah puasa sesempurna yang mungkin dan meningkatkan amal ibadah yang lain untuk mencapai darjat ketakwaan kita di sisiNya.

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Salam Ramadhan

Selamat Datang Ramadhan


8/14/2009

TAKLIMAT KAEDAH P&P DAN PERLAKSANAAN KERJA AMALI UNTUK GURU MATA PELAJARAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN NEGERI PERAK 2009

Filed under: - maltech2u @ 9:03 am

Sukacita dimaklumkan bahawa Bidang Teknik dan Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak akan mengadakan taklimat tersebut seperti ketentuan berikut :

Tarikh: 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Tempat: SM Teknik Leboh Cator, Ipoh, Perak DR
Peserta : Semua Guru MP Teknologi Kejuruteraan Negeri Perak


8 queries. 0.041 sec.
Powered by WordPress Module based on WordPress ME & WordPress

 

User Menu